Saturday, February 22, 2014

NTAH PAPE

Hai semua, Assalamualaikum. apa khabar? hrp2 semua sihat2 baik2 okay2 jelah ye. walaupun blog aku ni takde yang nk baca ataupun sudi baca, aku tetap nk post. sebab apa? sebab biar jelah aku yg baca haha ayat mcm keling je. okay, aku tak tahu nk tulis apa sebenarnya sbb aku tak tahu. aku bosan gila babun. maafkan saya babun ye. blergh okay let's straight to the point walaupun tak tahu apa benda point nya. aku saje je nk tulis ni. meluangkan masa lapang yg tak brp nk lapang sgt sbb hw pon ada tp malas lagi nk sentuh. ha. sejak sekolah ni, twitter aku pon aku mcm x cara je. kesian dia. kdg2 tu sampai tak bukak langsung. dah twitter pon mcm tu, fb apa lagi? berhabuk lah. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. okay tu je kot hahahahahaah bye. (kalau ada typo tu fhm2 jelah ye hihi)

Tuesday, January 21, 2014

CRUSH.

Assalamualaikum & hai semua orang yang kemungkinan tgh baca blog aku yang tak seberapa ni. Wah. Haha. Okay, aku skrg ada dlm bas sekolah, lambat lagi sampai rumah. So, aku nk habiskan masa aku dgn berblogging psl CRUSH. Bila sentuh bab crush ni, mungkin ramai yang dh tahu. Apakah itu crush. Mungkin org yang ada crush, bila baca psl ni je mesti tersengih-sengih mcm kerang busuk setahun tak mandi eleh ngaku jelah. Haha. Okay, crush ni ada jugak maksud lain. Mcm hancur ke apa benda ntah. Tp basically ramai org tahu perkataan ni sebagai "ada perasaan suka terhadap seseorang". Ha meh den nk boitahu. Okay so benda ni, mesti ramai yang ada kan? Alah ngaku jelah alah alah. Haha. Benda tu biasalah. Sebab kita manusia, mmg dh dijadikan akan ada perasaan suka dkt someone. TAPI! Kalau nk ada crush ni, sebelum tu get ready lah dulu secara mental. Maksud aku, HATI. Haaa bila kita dah ada crush ni, kita kena bersedia dgn dua benda. Iaitu kesedihan ataupun kebahagiaan. Waaaah bahasa aku. Haha. Kalau kau nk ada crush dkt someone, kau kena get ready yang kemungkinan dia suka org lain. I mean, jgn terlalu menaruh harapan. Kalau kau menaruh harapan yg tinggi menggunung gunung sampai ke awan, mmg merana lah bila dpt tahu yang dia tu suka org lain. Kesian budak yang tak bersalah tu hahaha. Jadi, kalau kau rasa hati kau dh bersedia nk terima semua benda ni, barulah kau boleh ada crush. ha! Tak semua org yang sukakan someone, jalan cerita kecrushan dia tu akan berakhir dgn kesedihan. Ada jugak yang masing2 suka sama suka. Mmg pergh ah hati konpem berbunga-bunga takyah tunggu musim bunga. Mulut tu kalau boleh mesti nk senyum selalu kan. Haha alah alah aku tahu lah sebab aku used to be dlm situation mcm gitu. Dua2 situasi tu aku dh penah rasa. Hahahah. Mungkin ramai yang dh rasa kan? Yeah high ten! so aku cuma nk share benda alah ni jelah ye. Sebab aku dh terlampau bosan. hikhok semoga berjumpa lagi! Bye, Assalamualaikum :)) xx ((kalau ada typo, buat tak tahu jelah ye)) 

Be free, be yourself :) 

Sunday, January 19, 2014

New School ❤




Assalamualaikum & Hai. wah formalnya. lol. hm harini aku cuma nk habaq and cerita sikit pasal sekolah baru aku. maybe byk kot. alah tak kisah lah. okay, nama dia Delia School Of Canada (gambar dkt atas tu) ha ambik panjangnya nama. tapi students dkt skolah aku sebut DSC je. alah short form. buat pe nk sebut panjang2 kan. yeke idok? alahai bosannya.... okay. sekolah ni sampai gred 12. iaitu sampai umur 18 lah kalau den tak silap. aku duk dlm gred 8. sebab umur aku 14 tahun. ha. first day aku duk skolah tu, ya Allah kealonenan yang aku rasa tu hanya Allah je yang tahu. sampai nk menangis den dibuatnya. biasalah budak baru kan. masuk pulak masa pertengahan tahun. tapi bila dh 2 minggu skolah ni, Alhamdulillah kealonenan yang aku rasa tu dah takde, dh melayang jauh ke langit atas sana. kot. aku ada ramai lah kwn baru. hihi. sekolah ni part yang paling aku suka, agak takde peraturan. peraturan dia, pakai baju skolah je. haha. tp kita pergi skolah bukannya sebab peraturan ke pe benda ke kan. kita pergi skolah sebab nk belajar. ha tu yang paling penting. duk sana mmg totally semua english. dikelilingi oleh ramai mat salleh yang comel2 handsome2 hahahahahahahaha. ngek bebenor. lps tu masa belajar, semua pakai laptop. buat hw pon pakai laptop. kecuali maths & seni kot. entah tak pasti. and kalau mcm dkt skolah kita, kelas mmg tetap kan. tunggu cikgu masuk je dlm kelas bila subjek dh tukar. tp skolah baru aku ni tak. students yang kena gerak. habis je satu subjek, pack up semua barang, pergi dkt kelas lain pulak. mmg berjalan slalu ah. takpe2, exercise lah katakoo. aku belajar bahasa cina. aku ambik Mandarin. best gak ah. susah tu mmg susah gila smpai nk pecah kepala hotak berderai habis semua otak terkeluar. tp mmg niat aku nk belajar, so aku belajar lah. ((doakan lah aku biar cepat sikit boleh ckp cina hahahaha)) uniform dia? taknak bagitahu. hahaha. hm apa lagi ah. oh ya, sekolah dia 5 tingkat. ada dua section. primary & secondary. semua siblings aku skolah dkt situ. so senang ah lah kan yeay yeay yeaaaaay krik krik. hmmmmm. aku rasa tu je kot setakat ni. kalau ado yang den nk tambah lopeh ni, den tulis balik. hekhek. bubye! semoga ketemu lagi yaaaaaa. Assalamualaikum :)) xx 
 


Be free, be yourself ❤

Saturday, January 18, 2014

THE BEGINNING (LOL)

Hai kesemuaan. So nk berbahasakan aku ke saya? Hm okay lah. Moh ler kita pakat guna aku. Okay so......blog ni dh nk masuk ke sejuta kali aku buat. sebab apa? Sebab blog2 yang lama semuanya dh berhabuk. Sebab apa lagi? Sebab aku malas. Muahahahahaha *gelak syaiton* so aku berharap sgt dengan diri aku ni yang aku akan jaga blog ni. ((Aku rasa last2 nnti berhabuk jugak)) hek. Hm. Okay so nama aku Nur Afrina Syazwani bt Annuar. Panggil aku Wani. Umur aku dh 14 tahun yeay Alhamdulillah awal2 tahun lagi dh genap 14 tahun. Senang sikit nk buat lesen. HAHAHAHA lambat lagi --' okay tu jelah stakat ni kot. Hm hm akanku sambung lain kali pulak. Bubye! Have a nice day everyone. Assalamualaikum :)) xx 

Be free, be yourself ❤️